Kategori hadiah Hadiah_Nobel

PingatKategoriCiri-ciri
Hadiah Nobel dalam FizikDianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada "individu yang telah membuat penemuan atau rekaan yang paling penting dalam bidang fizik".
Hadiah Nobel dalam KimiaDianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada "individu yang telah membuat penemuan atau pembaikan kimia yang paling penting".
Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau PerubatanDianugerahkan oleh Karolinska Institutet kepada "individu yang telah membuat penemuan yang paling penting dalam bidang fisiologi atau perubatan".
Hadiah Nobel dalam KesusasteraanDianugerahkan oleh Akademi Sweden kepada "individu yang telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cermelang dalam bidang kesusasteraan".
Hadiah Keamanan NobelDianugerahkan oleh Jawatankuasa Nobel Norway kepada "individu yang telah membuat kerja yang paling banyak atau paling baik untuk persaudaraan antara negara, penghapusan atau pengurangan tentera tetap, ataupun mengadakan dan mempromosikan kongres-kongres keamanan".

Hadiah Peringatan Nobel

PingatKategoriCiri-ciri
Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains EkonomiJuga dikenali sebagai Hadiah Bank Sweden dalam Sains Ekonomi untuk Peringatan Alfred Nobel, hadiah ini dimulakan pada tahun 1969 oleh Sveriges Riksbank (Bank Sweden). Walaupun hadiah ini dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden pada waktu yang sama dengan Hadiah-hadiah Nobel – dan menyebabkan banyak orang dan pengulas menganggapnya sebagai satu "Hadiah Nobel" – berdasarkan alasan-alasan teknik, hadiah ini bukannya sebuah hadiah Nobel kerana hadiah ini tidak diwasiat oleh Alfred Nobel atau dibiayai oleh pusakanya.

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Nobel http://www.cbc.ca/news/technology/story/2011/10/03... http://www.cs.uwaterloo.ca/~alopez-o/math-faq/node... http://www.idsia.ch/~juergen/nobelshare.html http://almaz.com/nobel/why_no_math.html http://www.britannica.com/nobel/ http://www.cnn.com/SPECIALS/2001/nobel.100/index.h... http://www.drproctor.com/os/weisspaper.pdf http://www.historychannel.com/tdih/tdih.jsp?month=... http://nobelprizes.com/nobel/nobel.html http://www.the-scientist.com/article/display/20931...